Saturday 28 April 2012

Wordless......



:)






Ikhlas,Redha & Tersenyumlah.....



Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..

Berterima kasihlah pada orang yang telah..
MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
 MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
 MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
 Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..

Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya :)

Friday 27 April 2012

Nota Motivasi Hati

Kata-kata yang baik mampu jadi ubat pada hati yang resah,kumpulan kata-kata motivasi ani aku ambil dari  http://www.kisahwanita.com




    • “Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”   
    • “Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatknnya, kita tetap akan dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita walau seluruh isi alam ini cuba sedaya upaya untuk membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan mendapatkannya.”  
    • ” Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain , tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu . ”  
    • Mungkin Allah tarik sedikit kenikmatan sedia ada dari kita untuk menguji, Siapa sangka suatu hari nanti Allah nak bagi nikmat yang lebih besar dari nikmat yang sedia ada untuk kita…..Apa salahnya bersangka baik pada Allah kan ? ♥                                   
    • “Sebatang pohon cinta yang ditanam harus berakarkan kejujuran. Agar tunas-tunas yang keluar berdaunkan kesetiaan, berbungakan ketulusan. Lalu siramilah ia dengan kasih dan sayang dan dipupuk serta dibaja dengan kepercayaan. InsyaAllah ia akan tumbuh subur.”  
      •  Janganlah malu untuk bertaubat kerana terlalu banyak berbuat dosa, tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat ♥                                                    khadimulquran:

Pernahkah suatu saat dalam hidupmu duhai diri, terlepas daripada menjadi hamba-Nya?
                                                   
      • “Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.”       
      • Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..        
      • “Bila Allah tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga DIA menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU.. Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU.. Semoga Allah memberikan kita yang terbaik dengan segala keindahan hati & ketaqwaan kepadaNya..InsyaAllah.”       

      Sunday 8 April 2012

      Doa Elak Risau, Sedih, Lemah, Malas, Takut, Lokek Dan Beban Hutang

      Assalamualaikum....
      ni nak share sikit doa yang aku dapat dari  http://lenggangkangkung-my.blogspot.com


      Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.

      “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)


      Anda juga mungkin meminati

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Daisypath Happy Birthday tickers

      Daisypath Happy Birthday tickers

      nadaku