Sunday, 30 October 2011

24 Rahsia Disebalik Kentut


1. Orang TIDAK JUJUR.

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.



9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA

Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
sendiri yang kentut

Bila kita sayang org tu

Bila kita syg org tu, 
Kita tnggu dia lama pn x pe
Tp bila dia tnggu kita???dia mrh2... 
hati kata ala,adatlah ada yang mnunggu & d’tnggu... 

Bila kita syg org tu, 
Kita  x tdo pn x pa lyn dia yg ngah bsn, 
Tp bila kita bosan,ada dia lyn kita??? 
hati kata x pa dia busy kott!!! 

Bila kita syg org tu, 
Kita gdh ngan dia,kita diam jak
Tp dia heboh 1 dunia... 
hati kata  x pa dia tension tu... 

Bila kita syg org tu... 
Kita kol nak ckp ngan dia... 
Tp dia bg phone kat org lain atau matikan... 
Bila jd cm2,x pa... 
hati kata,x pa..lyn jak,kwn dia,kwn kita gak... 

Bila kita syg org tu... 
Kita b’cerita dgn dia tapi dia buat tak tau lak,cerita ngan 
tunggul lg baik... 

Tp bila dia bercerita ngan kita??? 
Kita dgr,sepatah2 kita kena ingt... 
klu x ingat kita yang kena marah 
hati kata x pe syg katakn… 

Bila kita syg org tu, 
Kita & dia lpr... 
Tp kita bg sumua roti kita kat dia... 
hati kata,ala jaga lh hati dia,sian dia… 

Bila kita syg org tu.. 
Kita sanggup bg dia rest bila dia letih, 
Tp bila kita letih,dia srh jugak kita lyn dia bila dia bsn... 
Adil kah???hati kata,ala bukan selalu pun... 

Bila kita syg org tu, 
Kita jadi cam org gila bila dngr dia sakit, 
Tp bila kita sakit, 
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita, 
hati kata..,ala..x pa,x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam... 

Bila kita syg org tu, 
Kita x pnh pntingkan diri sndri, 
Tp dia hpokrit thp gaban.. 
hati kata x pa,dia mmg cm2 kena lah trima... 


Bila kita syg org tu, 
Kita x snggp tngk dia derita, 
Tp dia x prnh hargai diri kita, 
hati kata, tau x btapa kita syg kan dia???? 

Bila kita syg org tu, 
Kita snggup tngglkn dia selama2nya untuk kebahagiaan dia... 
Tp adakah dia tahu pngrbnn kita?? 
hati kata,x pe,janji dia bhgia... 

Dan... 
Bila kita dh tngglkn dia selama2nya...  
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kita.. 
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tnggu dia... 
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn... 
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kita... 
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kita.. 
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan hati kita... 
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita klprn sbb dia... 
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kita..
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan sakit kita... 
Dia mintak maaf sebab  pntingkn diri dia sndri... 
Dia mintak maaf sebab x pernah tngk p’deritaan kita... 

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT.... 

HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG...

Saturday, 29 October 2011

Give up la lau cam ni T_T

Assalamualaikum wbt....
nak share sedikit perkongsian sebelum masuk tido....
mengatuk tahap gaban da ni....huhuhuhu  T_T
Jom baca....
kadang-kadang rasa give up dengan diri sendiri kn...
iya la selalu sangat wat dosa...(tak nak sedar-sedar lak tu)
ermmm......sangat give up lah dengan diri sendiri...T_T


nak wat dosa or tidak itu sebenarnya teletak di tangan kita
ALLAH da tunjukkan jalan yang lurus lagi benar kepada hamba-hamba-NYA
so..........pilih lah jalan yg di rehdai oleh ALLAH


mohon la keampunan dari ALLAH
kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
sentiasa lah berdoa semoga terus diberi hidayah dan di kuatkan imam...Ameen

Friday, 28 October 2011

Kenapa ALLAH Temukan Kita Orang Yang Salah

Assalamualaikum wbt....
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



 1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
 2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
 3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
 4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
 5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
 6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
 7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
 8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
 9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
 Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
 PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

 ~ALLAH knows BESt!~

Quotes

Assalamualaikum wbt...

Ni nak share sikit quotes yang aku suka sgt....^_^











Ermm.....ada banyak lagi sebenarnya....hehehe....nnti sambung g ek...
cau cincau dulu.....^_^






Thursday, 27 October 2011

PERBEZAAN SUKA,SAYANG DAN CINTA

Suka????????????Sayang???????????????Cinta??????????

Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

3 Perkara Yang Patut Dielakkan Seorang Blogger!!

  • Salam. tajuk entri macam profesional pun ada. wakaka. padahal blog pun cam hampeh. baca entri-entri lama, malu sendiri ada. huhu. takpe! belajar sikit-sikit.

Tidak Ada Kesabaran - Banyak blogger baru ingat yang blogging sebulan, terus dapat trafik mencanak dengan duit ribu-raban. blogging macam kerja jugak, lagi lama korang dalam arena nie, lagi banyak ilmu pengetahuan yang korang dapat, lagi tinggi nilai blog korang. Oleh sebab tu, ramai blogger yang berhenti sedang baru sahaja nak bermula. Aku pun masih di peringkat awal lagi nie, baru nak masuk gear. hoho.

Tidak Suka Dikritik - Kalau korang sanggup kena kritik, memang baguslah aku cakap. tak ramai orang yang sanggup terima nie. cuba kalau dari korang bergaduh disebabkan korang kena kritik, baik korang cuba amik kritikan tue sebagai pemangkin untuk korang lebih berjaya dalam blogging ni. huhu.

Motif Utama Buat Blog ialah Duit - Jika korang buat blog untuk dapat duit cepat, memang harapan tinggal harapan ajelah. sumpah, blogging nie kena ada minat, macam aku memang mula-mula untuk isi masa tapi lama-lama dah gian dah. tak menulis kat blog nie rasa ada yang tak kena, tapi bila time cuti memang aku tak sentuh langsung blog nie. hehe. Memang susah nak teruskan motivasi untuk menulis kalau motif utama korang ialah duit. 


itu saje yang nak dikongsi dalam entri ni. selamat berblogging dengan aman. ^_^

    Monday, 24 October 2011

    Relationship Status/Quote












    Hakikat Cinta Seorang Pencinta




    cinta....

    Assalamualaikum wbt...
    Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan.  Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa.  Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan. 
    Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya.  Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya.  Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya.  Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.
    Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya.  Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya.  Berkahwinlah keranaNya,  mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya.  Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah.  Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia.  Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata. 
    “ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,
    Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
    Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
    Akar yang kukuh juga bisa rapuh,
    Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
    Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
    Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,
    Manakan buah hendak masak memerah”
    Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak.  Buahnya meranum namun rasanya pahit.  Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.
    Sabda Rasulullah saw:
    “Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
    Riwayat Al-Bukhari
    Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa.  Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu.  Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya.  Sungguh rapuh. 

    Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai.  Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta.  Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara. 
    Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia.  Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya.  Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya.  Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.  Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.
    Asalkan si dia mencintai Tuhan,
    “ Mencintai tidak bererti memiliki..
    Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,
    Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,


    Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
    Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
    Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
    Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
    Jodohnya manusia ada ditangannya.
    Saudaraku tercinta,
    Andai kehendak hati terhenti,
    Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
    Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
    Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
    Bukannya itu cinta yang diharapkan,
    Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
    Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
    Redha dengan takdirNya,
    Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
    Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
    Asalkan si dia mencintai Tuhan,
    Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.
    Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…
    “Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi ) 
    Saudaraku tersayang,
    Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya.  Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa.  Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir.  Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.
    Hadis Qudsi:
    Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)
    Amin.

    Anda juga mungkin meminati

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Daisypath Happy Birthday tickers

    Daisypath Happy Birthday tickers

    nadaku