Saturday, 28 April 2012

Wordless......



:)






Ikhlas,Redha & Tersenyumlah.....



Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..

Berterima kasihlah pada orang yang telah..
MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
 MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
 MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
 Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..

Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya :)

Friday, 27 April 2012

Nota Motivasi Hati

Kata-kata yang baik mampu jadi ubat pada hati yang resah,kumpulan kata-kata motivasi ani aku ambil dari  http://www.kisahwanita.com




    • “Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”   
    • “Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatknnya, kita tetap akan dapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita walau seluruh isi alam ini cuba sedaya upaya untuk membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan mendapatkannya.”  
    • ” Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain , tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu . ”  
    • Mungkin Allah tarik sedikit kenikmatan sedia ada dari kita untuk menguji, Siapa sangka suatu hari nanti Allah nak bagi nikmat yang lebih besar dari nikmat yang sedia ada untuk kita…..Apa salahnya bersangka baik pada Allah kan ? ♥                                   
    • “Sebatang pohon cinta yang ditanam harus berakarkan kejujuran. Agar tunas-tunas yang keluar berdaunkan kesetiaan, berbungakan ketulusan. Lalu siramilah ia dengan kasih dan sayang dan dipupuk serta dibaja dengan kepercayaan. InsyaAllah ia akan tumbuh subur.”  
      •  Janganlah malu untuk bertaubat kerana terlalu banyak berbuat dosa, tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat ♥                                                    khadimulquran:

Pernahkah suatu saat dalam hidupmu duhai diri, terlepas daripada menjadi hamba-Nya?
                                                   
      • “Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.”       
      • Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..        
      • “Bila Allah tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga DIA menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU.. Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU.. Semoga Allah memberikan kita yang terbaik dengan segala keindahan hati & ketaqwaan kepadaNya..InsyaAllah.”       

      Sunday, 8 April 2012

      Doa Elak Risau, Sedih, Lemah, Malas, Takut, Lokek Dan Beban Hutang

      Assalamualaikum....
      ni nak share sikit doa yang aku dapat dari  http://lenggangkangkung-my.blogspot.com


      Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.

      “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)


      Friday, 30 March 2012

      La Tahzan


      sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk diriku....^_^


      sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk diriku....^_^

      Wednesday, 28 March 2012

      Kata-kata Hikmah


      sentiasalah muhasabahkan diri erk....


      kuatkan semangat !!!!!!!


      kejujuran dalam sebuah perhubungan adalah sangat penting tau...




      ok lah sampai sini je erk...
      .
      .
      .
      .
      .
      .tnique

      Tuesday, 27 March 2012

      Lara Lagi T_T


      Hanya sampai di sini sahaja
      Kisah cinta kita berdua
      Tiada daya selamanya
      Terhenti di sini
      Biar ku pujuk hati ini
      Merawat rinduku sendiri
      Setelah aku kau lukai
      Sedangkan kau tahu
      Kasih aku hanyalah untukmu
      Tiada lain dalam diriku
      Takkan berubah
      walau dipisah laut biru
      Cinta aku hanyalah untukmu
      Tak pernah goyah, tak pernah jemu
      Takkan terpadam dalam hatiku
      Ia milikmu, percayalah
      Mungkin sudah suratan kita
      Terpisah sebegini saja
      Pasti di satu hari nanti
      Ku jejak bahgia
      Kasih aku hanyalah untukmu
      Tiada lain dalam diriku
      Takkan berubah
      walau dipisah laut biru
      Cinta aku hanyalah untukmu
      Tak pernah goyah, tak pernah jemu
      Takkan terpadam dalam hatiku
      Ia milikmu, percayalah
      Mungkin sudah suratan kita
      Terpisah sebegini saja
      Pasti di satu hari nanti
      Ku jejak bahgia

      Saturday, 24 March 2012

      SEGMEN AYU : JOOM TAMBAH FOLLOWER

      Hari ni nak join SEGMEN AYU lak.....joom tambah follower...yeahhh
      bilanggan follower 10 je tak banyak pun
      bilanggan folllower yang di impikan sebanyak 1000 pun ok gak...bersyukur dengan apa yang ada...huhuhuhu  (ayat pasrah tu T_T )

      Selamat datang ke belog aku yang tak seberapa ini...


      Har

      Segmen : Tambah Follower Sampai Pening


      segmen Miss Yaya.tambah follower sampai pening...n aku pn da sedia pening da ni...huhuhuhu
      tak sangka banyak jugak blogger2 kat malaysia ni erk....
      meh join beramai2..

      Friday, 23 March 2012

      Salah Faham Tentang Cinta




      Kalau kita mengkaji tentang cinta, comfirm kita akan berjumpa dengan berjuta2 pandangan manusia. Itu belum masuk dalam bab kata2 hikmah, lirik lagu, novel, cerpen dan sebagainya. Terlalu banyak.


      Tetapi, banyak tidak semestinya baik. Kata2 atau ayat2 yang disusun indah, belum tentu betul dan benar.

      Begitu juga dengan cinta.

      Saya melihat, banyak orang salah faham dalam mengenal makna cinta. Baik, sekarang kita membincangkan secara khusus tentang cinta antara manusia dengan manusia,  antara lelaki dengan wanita. Jelas.

      Antara salah faham yang sering berlaku adalah perihal jodoh.
      Kata mereka, kalau jodoh sudah ditentukan, mengapa perlu mencari cinta kita ? Nantikan saja jodoh itu sampai.

      Sebenarnya, kita tidak menafikan bahawa jodoh itu tekah ditetapkan oleh Allah. Begitu juga dengan rezeki. Begitu juga dengan kematian. Tetapi kita perlu faham, bahawa manusia disuruh berusaha dalam segala hal. Berusaha dengan segala cara yang ada dengan menggunakan segala kudrat padanya demi memperoleh sesuatu adalah perkara yang dianjurkan oleh Islam.
      Takdir juga begitu.

      Ada orang kata, kalau syurga dan neraka telah ditentukan, mengapa perlu berbuat amal ibadah? Kalau sudah tentu ahli neraka, buat amal banyak mana pun, tetap ke neraka. Alangkah jauh kefahaman ini dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

      MAKAN
      Setiap hari, anda bangun dari tidur, mengapa anda melangkah ke dapur, membuka peti ais dan mencari makanan? Ketika tengahari, perut terasa lapar, mengapa anda melangkah ke gerai makan mencari nasi ulam? Sepatutnya, rezeki anda telah ditetapkan, dan anda hanya perlu duduk bersila menanti perut anda kenyang. Bukankah katanya rezeki dan takdir telah ditentukan?
      Tetapi saya percaya, tidak ada orang yang akan berbuat demikian. Ketika perut lapar, mereka pandai pula berusaha mencari makanan. Tetapi dalam bab ibadah, tidak mahu berusaha membuat amal, sebaliknya beralasan segalanya sudah ditentukan. Ini jelas sekali kefahaman yang menyimpang.

      JODOH
      Begitu juga dengan jodoh. Memang benar telah ditentukan, tetapi kita tetap wajib berusaha. Berusaha untuk mendapatkan calon yang baik, yang kuat agama dan akhlaknya, sebagaimana saranan Nabi s.a.w dalam hadith2 baginda. Begitu juga, berusaha untuk memperbaiki diri dari segi zahiriah dan batiniah untuk menjadi bakal suami atau isteri yang baik. Demikian juga dengan berusaha membina kewangan dan sebagainya.

      Sudah tentu, perbuatan duduk bersila di rumah dan mengharapkan jodoh anda segera tiba di muka pintu adalah tindakan yang salah. Memang benar Allah yang bagi kenyang, bukan nasi. Tetapi kita berpegang dengan asbab. Asbab nasi, kita menjadi kenyang walaupun hakikatnya Allah yang bagi kenyang. Begitu juga jodoh. Asbab kita berusaha , dapatlah jodoh. Walaupun hakikatnya, memang Allah sudah tetapkan jodoh tersebut.

      Kadang2 susah juga berdepan dengan salah faham seperti ini. Si anak dara yang sungguh menebal nilai ‘kemuslimahannya’ berkata ; jodoh sudah ditentukan, mengapa kita sibuk mencari? Sepatutnya kita fokus beramal ibadah kepada Allah.

      SEPATUTNYA
      Dalam pada mendekatkan diri kepada Allah, memperbanyakkan amal ibadah, hubungan dengan manusia jangan kita pinggirkan. Hal ehwal cinta ini termasuk dalam hubungan kita dengan manusia. Kita tidak tahu siapa , di mana dan bagaimana kita berjumpa dengan jodoh kita. Ada orang bertemu di pusat pengajian, ada orang di alam pekerjaan dan sebagainya.

      Sewajarnya, kita terbuka dan optimis dalam usaha mencari jodoh. Mencari bukan bermakna terhegeh2, letak gambar besar gedabak dalam facebook, siap dengan posing bajet kiut atau melazimi aksi tergedik2 depan lelaki. Bukan begitu.

      Mencari maknanya anda tahu membawa diri anda masuk dalam masyarakat. Anda menjadi diri anda sendiri, samada di univerisiti atau di tempat kerja. Anda bergaul secara professional dan tegas dalam menjaga batas2 agama. Sekiranya ada yang tertarik dengan diri anda, menyuarakan hasratnya, maka anda terbuka dalam tegas. Disalurkan kepada tempat dan cara yang sepatutnya. Berbincang secara matangl dan kemudian jika benar2 ada kesungguhan, sila berjumpa dengan keluarga.

      Sila faham, bahawa apa yang saya sebutkan di atas termasuk dalam kategori ‘berusaha’. Itu pun sudah memadai. Apa yang silap, bila anda duduk goyang kaki di rumah, dan berharap supaya putera raja segera datang melamar anda. Anda fikir anda siapa?

      NO MAN NO CRY
      Salah faham kedua. Ini pada pendapat saya. Secara teori, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak ada masalah. Bahkan saya boleh tabik spring pada teori tersebut. Tetapi pada praktikalnya, saya minta maaf. Saya kurang percaya.

      Apa dia?
      Seorang wanita yang dilamar oleh lelaki, mulanya gembira, tetapi tiba2 merasa berdosa dengan Allah. Lantas menolak lamaran tersebut.

      Sebab?
      Kononnya kerana meminggirkan cinta Allah. Katanya kepada sang lelaki ( dengan ayat berbunga2 bermadah tazkirah bagai ) : saya tidak boleh menerima orang lain untuk diletakkan di hati saya selain Allah. Siap bermimpi2 lagi bahawa Allah murka kepadanya kerana ‘tunduk pada nafsu dan sanggup menerima lelaki’ di hatinya selain Allah.

      Jujurnya, saya tidak tahu samada ia terinspirasi dari kisah sufi yang agung, iaitu Rabiatul Adawiyah , ataupun ia cuma rekaan ‘budak agama’ yang kecewa dengan cinta. Tetapi seperti saya nyatakan di atas, secara praktikalnya sangat2 jauh menyimpang dari kefahaman Islam yang sebenar.
      Anda lupa kepada sebuah hadith baginda s.a.w yang masyhur. Iaitu apabila baginda didatangi oleh tiga lelaki yang seorangnya tidak mahu berkahwin dan seorang lagi pula mahu berpuasa tanpa mahu berbuka.Tetapi adakah Nabi membenarkan perbuatan2 mereka? Jawabnya tidak. Bahkan Baginda s.a.w sendiri berkahwin dan menganjurkan supaya berkahwin.

      Habis, adakah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al Basri , penghulu para tabi’in di Basrah ( juga tidak berkahwin ) telah melakukan kesalahan dan dosa?

      Sebelum saya jawab, perlu juga ditanya, secara realitinya, masih wujudkah insan2 seperti mereka di zaman kita hari ini? Jangan terlalu asyik mengarang ayat puitis tanpa sedar yang anda tidak lagi berpijak di bumi nyata. Jangan bebankan diri kita dengan benda yang kita tidak mampu.

      Maka pada saya, kalau di zaman kita hari ini, ada orang yang mengucapkan kata2 sedemikian, ia boleh jadi lahir dari sejenis tekanan perasaan atau masalah dalaman. Mereka perlu diubati untuk membuka kembali hati mereka dalam mengenali cinta.

      Cinta antara lelaki dan wanita, hakikatnya indah dan sangat indah. Tetapi ia menjadi buruk kerana kita yang salah faham tentang cinta. Dan perlu diingatkan, bahawa cinta lelaki dan wanita langsung tiada kaitan dengan berkurangnya cinta kita kepada Allah. Apa kejadahnya seorang wanita menerima seorang lelaki sebagai suami, atas dasar menyempurnakan agamanya dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w , tiba2 Allah murka pula padanya kerana meletakkan lelaki di hatinya selain Allah?

      Kalau betul2 mahu meletakkan hanya Allah di hati, maka mak dan ayah juga perlu dibuang. Ini kerana seorang mukmin wajib mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala makhluk yang lain. Dalil ini sahih dan benar, tetapi apabila kita salah faham akan pengaplikasiannya, maka hiduplah kita dalam kesengsaraan dan penderitaan lantaran kejahilan kita sendiri tentang cinta. 
      Saya harap, kita semua tidak terlibat dengan salah faham tentang cinta seperti di atas.

      KESIMPULAN
      Cinta kepada Allah adalah cinta paling agung. Kerana itu terdapat sebahagian ahli sufi yang tidak berkahwin kerana sibuk dengan ibadah dan cintanya kepada Allah. Tetapi mereka adalah golongan terpilih, yang mana kekentalan iman mereka tidak dimiliki oleh orang2 di zaman ini, kecuali sangat2 sedikit. Maka orang awam tidak boleh disamakan dengan mereka.

      Menerima cinta di hati kita kepada manusia tidak mencacatkan hubungan cinta kita dengan Allah, selagimana kita tetap meletakkan cinta Allah sebagai cinta yang paling utama. Justeru, pembaca yang masih bujang , jangan takrifkan cinta dalam konteks yang salah. Cinta manusia itu mungkin menjadi wasilah untuk anda lebih mencintai Allah dan meningkatkan taqwa pada-Nya.
      Justeru, letakkan matlamat yang betul : ” Anda bercinta, Allah redha “.
      Sekian.

      kreadit : myilham.com

      Anda juga mungkin meminati

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Daisypath Happy Birthday tickers

      Daisypath Happy Birthday tickers

      nadaku