- Salam. tajuk entri macam profesional pun ada. wakaka. padahal blog pun cam hampeh. baca entri-entri lama, malu sendiri ada. huhu. takpe! belajar sikit-sikit.
Tidak Ada Kesabaran - Banyak blogger baru ingat yang blogging sebulan, terus dapat trafik mencanak dengan duit ribu-raban. blogging macam kerja jugak, lagi lama korang dalam arena nie, lagi banyak ilmu pengetahuan yang korang dapat, lagi tinggi nilai blog korang. Oleh sebab tu, ramai blogger yang berhenti sedang baru sahaja nak bermula. Aku pun masih di peringkat awal lagi nie, baru nak masuk gear. hoho.
Tidak Suka Dikritik - Kalau korang sanggup kena kritik, memang baguslah aku cakap. tak ramai orang yang sanggup terima nie. cuba kalau dari korang bergaduh disebabkan korang kena kritik, baik korang cuba amik kritikan tue sebagai pemangkin untuk korang lebih berjaya dalam blogging ni. huhu.
Motif Utama Buat Blog ialah Duit - Jika korang buat blog untuk dapat duit cepat, memang harapan tinggal harapan ajelah. sumpah, blogging nie kena ada minat, macam aku memang mula-mula untuk isi masa tapi lama-lama dah gian dah. tak menulis kat blog nie rasa ada yang tak kena, tapi bila time cuti memang aku tak sentuh langsung blog nie. hehe. Memang susah nak teruskan motivasi untuk menulis kalau motif utama korang ialah duit.
itu saje yang nak dikongsi dalam entri ni. selamat berblogging dengan aman. ^_^
No comments:
Post a Comment