Wednesday 12 October 2011

5 punca kenapa anda selalu mengalami masalah kewangan


Masalah kewangan telah sebati didalam kehidupan seseorang tidak kira samaada mereka masih bujang ataupun telah mendirikan rumahtangga. Jadi apakah punca utama yang menyebabkan ianya berlaku?
(1) Tiada simpanan kecemasan- Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini kerana anda tidak mengetahui apa akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin anda akan sakit ataupun ahli keluarga anda sendiri. Sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang untuk anda memikirkan tindakan yang terbaik perlu dilakukan.
(2) Tidak dapat membezakan antara keinnginan dan keperluan- Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan lebih 60% pembeli menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.
(3) Tidak mengetahui aliran wang keluar- Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.
(4) Citarasa melebihi kemampuan- Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.
(5) Sukar menolak tawaran- Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda sukar untuk menolak tawaran terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga. Anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda kelak.
kepada sesiapa yang sentiasa je ada masalah kewangan tu, lepas ni jimat-jimat la sikit ye…..^_^ (peringatan tuk diri sendiri ni...huhuhu)
*LEMPANG DIRI SENDIRI TUK KESEDARAN SEGERA...HAHAHAHAHAHAHA

No comments:

Post a Comment