Setitis air mata yang jatuh kerana keinsafan, adalah seribu kali lebih baik dari pada sejuta mutiara di Lautan, Sesaat bersedih kerana ingat dosa, adalah lebih mulia daripada seharian bersedih kerana CINTA anak Manusia, Sejernih Wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya dari Kilauan Segunung PERMATA...AllahuAkhbar!
Tuesday 18 October 2011
Hawa oh hawa....
Assalamualaikum w.b.t.....
Hawa, sedarkah engkau sblum dtgnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup- hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum Adam, tiada nilai di mata kaum Adfam, kita hanya alat untuk memuaskan nafsu mereka. Tapi kini rahmat Islam menyelubungi alam, sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia serta mendapat tempat di sisis Allah sehingga tiada sebaik- baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa, kenapa engkau tidak menghargai nikmat Islam & Iman itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya? Kenapa masih segan mengamalkan isi kandunganNya? Dan mengapa masih was - was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa, tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia, sedarlah Hawa kau dapat menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh dan solehah, kau bisa menggegar dunia dgn menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi Hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak- hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jgn sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah dan memberi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasi oleh syaitan dalam menyesatkan Adam. Hawa, andai engkau belum belum bernikah, jangan kau risau akan jodohmu. Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah utk lelaki yang baik.Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata- mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan Adam yg bukan muhrim kerana ak khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman bawa ke salam, dari salam cenderung kpd pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita drpd akhlaknya,peribadinya dan Ad- Dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan utk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta, sebabnya dia tahu apa tujuannya dalam sebuah hubungan antara lelaki dan perempuan yakni pernikahan. Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu dan kuatkan pendirianmu. Andaikan ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta kedua ibu bapa yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buat dirimu., cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakanmu. Hawa, cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa, ingatanku yg terakhir, biarlah tangan yg menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah. Suatu saat ada yg harus pergi...suatu saat ada yg akan dtg...mungkin yg pergi tidak akan kembali dan mungkin yang datang hanya sebentar..Wallahualam..
No comments:
Post a Comment