Tuesday 27 December 2011

YA ALLAH, AKU TAK INGIN SENDIRI…part 2




Assalamualaikum w,b.t….
Hai…bertemu kembali..kita sambung kembali tajuk kita yang ari tu…tapi tajuknya sedikit berlainan lah beb..huhuhuhu….kiranya ni Part 2 lah kan..kan..kan…ermmm..dengar je tajuk ni cam best kan…”Ya Allah aku tak ingin sendiri” sesiapa pun tak ingin sendiri kan (aku pn tak nak sendiri gak…hehehe)

Ok apa yang korang faham dengan konteks berdasarkan tajuk di atas???? Bagi aku tajuk tu membawa maksud yang luas..betul tidak??? Hehe…iyalah..SENDIRI tu bukan sahaja bermaksud tiada teman,suami,boyfriend,or family…(apa yang aku merepek ni??? Aku sendiri pn tak faham…hahahahaha) tapi apa pun yang kita nak kupas persoalan (bukan kupas bawang atau yang sewaktu dengannya erk)  yang kita nak bincang ialah tentang JODOH yang tak kunjung tiba….

Pernah tak ada di antara kita ni yang tertanya2 dalam hati “Manalah jodoh yang telah di janji kan oleh Allah untuk ku,kenapa tak datang2 juga???” mesti terfikir cam gitukan lebih2 lagi bila usia da nak mencecah awl 30-an sedangkan tanda2 akan bertemu seorang pendamping juga belum kunjung tiba… (well aku muda lagi erk…tak muda sangat…nak dekat2 gak ni..)hehehe….takut gak ni…T_T (gigit jari…)

Jadi apa yang harus dilakukan..adakah terus menunggu dan terus menunggu atau pun perlu bertindak dahulu melakukan sesuatu agar jodoh yang dinanti itu akan segera menyapa? Semoga Allah member kita hidayah dan dipermudahkan dalam usaha mencari jodoh yang baik tuk kita... dalam proses menunggu dan mencari soulmate ni kita mesti banyak bersabar,berikhtiar dan berdoa banyak2 (solat hajat misalnya..)

Bila persoalan BILA NAK KAWIN NI??? SAMPAI BILA NAK TERUS MEMBUJANG??? UMUR KAMU TU BUKAN MUDA LAGI??? Di Tanya oleh mak bapa, bukan shaja mak bapak tapi gak sudara mara,jiran tetangga(isyyyy..menyibuk je dorang ni kan)macam mana lah nak hadapi situasi begini erkkk…hanya senyuman tawar yang dapat di beri semata2 untuk menghiburkan hati yang pilu…iyalah nak marah pun tak leh(marah dalam hati je la) persoalan2 begitu seolah2 menjadi kaset usang yang sentiasa berulang2 dalam minda…sakit yang teramat sakit mungkin terus menusuk ke dasar rongga hati…seolah2 kita dijatuhkan hukuman yang kita sendiri tidak mengiginkannya…tapi tidak tahu bahawa jauh di lubuk hati yang kita juga mengingin seseorang yang menjadi iman kita suatu hari nanti…seseorang yang dapat menemani kita di hari2 tua kita…Tidakkah mereka tahu bahawa kita telah berusaha mewujudkan keadaan sedemikian tapi kenapa pertanyaan dan persoalan begitu seolah2menghukum dan menghapuskan sensitivity hati kita???? Sedih bukan….(sensetif tau T_T)

Pertanyaan yang seperti ini seharusnya tak perlu dirisaukan (macam mana lah tak risau,kita dikeliling oleh jiran tetangga yang sentiasa ‘ambil tahu’) walaupun kita sentiasa geram yang teramat sangat lau boleh cakap yang dorang ni menyibuk jak dengan hal orang,suka sangat nak jaga tepi kain orang lain…lau boleh nak cakap macam tu kan…tapi dari menyakitkan hati orang dan menyakitkan hati sendiri kan lebih elok kita menyatakan kepada mereka di luar sana “Perkahwinan itu adalah impian setiap orang, setiap jodoh telah ditentukan oleh Allah Cuma persoalannya lambat dan cepat sahaja..kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan”.
Bukankah mencari jodoh itu seperti mencari rezeki??? Tidak perlu terkejar2 ianya pasti akan datang sendiri bila tiba masanya…so jangan risau ok…namun apapun kita juga di minta untuk berusaha untuk mencari jodoh…Apa kamu “takut di katakan perigi mencari timba???” sekarang ni kan zaman moden da tak kisah da…tapi jangan lah sesekali menjatuhkan maruah kita sebagai wanita…itu yang penting sekali…ingat tu tini!!!! (lempang diri ku sendiri tuk kesedaran yang segera…pang!!!!) padan muka …hahahahaha

Ok lah…tak nak citer panjang2…kita sambung di lain hari k….bye…

No comments:

Post a Comment