Tuesday 20 March 2012

Pergertian CINTA kepada Diri Kamu.....




Assalamualaikum w.b.t...

 ni nak sahare sikit cerita yang sangat menarik..aku dapat cerita ni dari www.PersonalitiCinta.com....

Sebuah bandar telah menganjurkan sebuah karnival.
Sebuah pertandingan melibatkan kanak-kanak telah diadakan.
Dalam pertandingan tersebut, kanak-kanak itu telah  diminta memberi
maksud cinta daripada sudut pandangan mereka.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang hebat dan pelbagai jawapan
yang telah diterima. Masing-masing mempunyai jawapan tersendiri
dalam mentakrifkan maksud cinta. Ada yang lucu dan ada yang
menampakkan kematangan cara mereka berfikir. 
Walaupun masih kanak-kanak, mereka mampu memberi maksud cinta dengan begitu baik.

“Adik apakah maksud cinta pada adik,” tanya pengacara pertandingan itu.

“Cinta adalah di mana lelaki dan perempuan akhirnya ingin berkahwin.”
Zulkefli

“Cinta adalah tarikan antara satu sama lain.”
Amin

“ Cinta merupakan suatu perasaan misteri yang berlaku apabila usia semakin dewasa.”
Aini

“Cinta merupakan perasaan yang tidak dapat dielakkan. Kita semua memerlukannya.”
Fatin

“Saya begitu gilakan aiskrim dan saya rasa itu adalah salah satu cinta.”
Dina

“Cinta adalah perasaan antara lelaki dan perempuan yang saling suka menyukai.”
Deva

“Emak sering bercakap bahawa kerana cintanya kepada abah maka lahirlah saya di dunia.”
Yasmin

“Saya harap saya dapat menyayangi seseorang di mana saya dapat melindung dan saling memahami antara satu sama lain.”
Lim

Pelbagai jawapan telah diterima. Semuanya mempunyai takrifan masing-masing.
Sebahagian mereka dapat menafsirkan definisi cinta dengan baik.
Walaupun tidak tepat, tetapi daripada respon yang diterima,
mereka sebenarnya memahami apa itu cinta dengan baik.
Dalam semua jawapan yang diterima, pihak penganjur telah
sepakat untuk memberi kemenangan terhadap jawapan seorang kanak-kanak ini.

“Pakcik jiran rumah saya baru kehilangan isterinya. Saya begitu
sedih melihatnya yang asyik termenung. Saya hanya mampu duduk di
sebelahnya dan menangis.”

Apakah pendapat anda? Indah bukan jawapan kanak-kanak tersebut.
Cinta bukan pada  apa yang ingin diberikan. Ianya adalah tentang
saling memahami. Cinta itu tidak dapat ditafsir kerana ianya adalah
satu perkara yang tidak dapat dilihat. Tetapi perasaanya dapat dirasai.
Semua orang inginkan cinta. Hatta penjenayah sekalipun ingin cinta.

Cinta itu bukanlah buruk seperti yang disangka. Cinta itu bagaikan pisau.
Jika digunakan pada jalan yang salah, ia mampu memakan tuannya.
Hirisan yang tajam mampu  mengalirkan darah si pengguna.
Kesakitan diterima kesan penggunaan yang salah. Tetapi jika cinta
itu digunakan pada jalan yang betul, ia mampu membawa kepada
jalan yang indah. Seperti pisau yang digunakan untuk memotong.
Cinta itu ada baik dan buruknya.Ianya bergantung pada si penggunanya.

Cinta itu satu yang suci.Ianya embun yang jatuh ke bumi.
Jika ianya jatuh pada tanah yang subur.Maka hijaulah dataran tersebut.
Tetapi jika ianya jatuh pada tanah yang tandus, maka sia-sialah ia. 

Mari hargai percintaan anda.^_^



No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

nadaku