Sunday 25 December 2011

C.I.N.T.A part 1

 


Assalamualaikum w.b.t….
Erm..da lama da aku tak menulis tuk sekian kalinya…mungkin korang pn tertanya2 kan…kemanakah perginya pemilik blog ini..bertapakah? bersembunyikah?atau melarikan diri atau megalami kekecewaan kah sampai  da lama tak update blog dia??????????? Huhuhuhu….

Semua tu SALAH sama sekali…aku balik kampung la weiiii…tuk sebab lama tak update…spent time with my family la(speaking London nampak) huhuhu….^_^..iyalah menghabiskan cuti bersama family tersayang…lagipn aku mana lah ada BERUKBAND…hahahaha..

Ok berbalik pada apa yang aku nak cerita ni…Erm..tentang apa yaaaa…..(ngah berfikir ni sambil dengar lagu “ku pinang kau dengan Bismillah”) syiok ohhh dengar lagu ni….andai kata la ada orang pinang aku dengan kalimah bismillah…terus i cakap “I do…I do” huhuhu….(gatal…)hahahahahaha..

Ok…berapa kali la nak cakap ok ni…ehhh…aku nya suka la…huhuhuhu…fedup???????????? Ada aku kisah…kuang3x (gurau jak..jangan marah ek…) senyum sikit….senyum la…sikit jak…tak yah la senyum banyak2..kang tak pasal2 ada lak orang cakap korang gila…huhuhuhu….oppsss I did it again…hehehehe…sorry (sunsun jari sepuluh tanda mintak maaf)

Kita teruskan kan dengan tujuan asal kitaAPA YANG KORANG FAHAM DENGAN C.I.N.T.A??????????? lau aku lah kan.. perkataan CINTA sebenarnya memmberi makna yang berbeza bagi setiap orang…aku pn sebenarnya tak tau sangat pasal cintan-cintun ni…al-maklum la budak baru belajar walau pn umur orang cakap da cukup matang tuk mengenali Cinta….
Kalau ditanya apa itu CINTA??? Aku hanya akan menjawab yang cinta tu adalah fitrah manusia.Sebahagian orang ada yang menanggap cinta itu ibarat madu dan juga racun…di satu sudut pulak cinta itu kakadang2 boleh membawa manfaat sekaligus memberi kebahagian yang super power…hehehe..namun ianya boleh bertukar kepada sesuatu yang sangat berbahaya sekaligus membawa kekecewaan yang super power gak….

Bila bercakap tentang cinta…mesti ada yang tersipu2 malu (ala..mengada2..)hehehe..ada yang pipi dia merah2 (malu la tu.. )bahkan ada yang tersenyum bahagia or maybe ada yang sedang bersedih…atau lebih tepat lagi sedang menagisi perpisahan dengan kekasih tercinta…
Erm…ketauilah bahawa cinta tu boleh menyapa sesiapa sahaja..tak kira lah remaja,malah boleh jadi seseorang yang dah bergelar nenek @ datuk (bukan Dato’ tapi atuk2 k…)hehe….setiap orang itu berpotensi tuk jatuh cinta kepada manusia yang berlainan jantina…itu da memang lumrah manusia pn…ingin disayangi dan juga menyanyangi….kita sendiri takkan mengetahui bila dan bagaimana cinta itu boleh ada dan hadir dalam hati…boleh jadi dalam usia yang masih muda yang kita gelar cinta monyet iaitu cinta yang pada awalnya,hanya tuk mengisi masa lapang,sekadar suka2 atau pn kemesraan wujud karana selalu berjumpa…..

Cinta itu akan wujud dan hadir dan pasti akan datang…sama ada cepat atau pn lambat…hanya itu sahaja persoalannya…cam aku sekarang lah ni…(tengah menunggu my prince charming…hahaha) ^_^

Bagi aku..cinta ni memerlukan prinsip give n take…disamping itu juga kenalah ada unsur Saling ambil berat terhadap pasangan…jika da sayang kenalah menaruh perhatian kepada kbahagian dan perkembangan pasangan korang…selain dari tu gak kenalah Bertanggungjawab yang membawa maksud bersedia memenuhi keperluan pasangan dan setiasa membuatkannya bahagian disamping korang…dan yang terakhir…Rasa Hormat terhadp  pasangan….yang mana menerima dia apa adanya…(cam aku lah…aku tak kisah ensem ke tidak..janji hati mesti mau baik punya…hahahaha) tapi tidak lupa gak elemen2 lain seperti..Percaya terhadap pasangan,Jujur dan Saling bertolak-ansur..semua itu adalah tunjang dalam sebuah perhubungan….

Aku pernah baca tajuk ni…Apakah seks sama dengan CINTA????????????? banyak remaja sekarang yang melakukan hubungan seks bukan kerana mereka secara fizikal ingin melakukan..namun mereka percaya hanya dengan memberikan kepuasan seksual kepada teman lelaki agar dapat tetap mencintai mereka…mereka berfikir bahawa seks adalah bukti cinta mereka…SEMUA NI ADALAH SALAH SAMA SEKALI…

Malangnya,ada sesetengah kes tu kita dengar..hubungan cinta itu putus di tengah jalan…kerana si lelaki yang keparat itu mengagap yang wanita tersebut bukan lah la golongan orang yang baik2…(habis madu sepah dibuang la ni…)perkara seumpama ini sangat tidak adil bagi wanita tersebut…apatah lagi wanita itu sudah menyerahkan segala2nya kepada si lelaki tersebut…bagaimana pulak dengan hati dan perasaan wanita tersebut…da lah hati menjadi hancur lebur maruah pulak tergadai….(Ya ALLAH,jangan biarkan hamba-Mu ini tersesat dari jalan yang Engkau redhai Ya ALLAH…Ameen)

Kalau ALLAH boleh menciptakan kan rasa cinta pada pandang pertama tak mustahil juga ALLAH boleh menghilangkan rasa cinta dan mengantikan sejuta rasa benci…cinta tak semestinya bersatu kan…so sama2 lah kita beramal…cuba tuk memperbaiki diri (aku pn bukan baik sgt pn…huhuhu)

Ok lah…nanti kita sambung balik k…nanti korang bosan lak baca artikel ni lau panjang berjela2 lak..kan..kan..kan..^_^ bye…

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

nadaku